aku jatuh
dari tempat tinggi Mu
kerana salah aku
kerana dosa aku
kerana perkara aku
kerana tanggungjawab aku
kerana cinta aku
kerana hati aku
kerana
aku
aku jatuh
aku tidak mahu bangun
duduk bersandaran
jikalau memotong tangan aku
boleh menghilangkan dosa aku
maka potong lah
jika mengcantas kaki-kaki aku
bisa menghilangkan kesalahan aku
maka cantas lah
maka bisu kan lah aku
jika aku meraung kesakitan ini
jika aku menceritakan kisah aku
maka biar lah ia sunyi tanpa bunyi
dan ambil lah segala yang aku ada
hanya tinggal roh didalam jasad aku
agar aku dapat menghirup udara Mu lagi
mata aku
agar aku boleh melihat dunia ini
dan awan langit
kerana aku suka akan melihat mereka
ciptaan Mu
mereka seakan memahami apa aku lalui
memandang ke langit
itu juga kegemaran Nabi
maka akan menjadi kegemaran aku
pabila tangan tiada
kaki hilang
suara lenyap
biarlah mata ini bersaksi atas kebesaran Mu
biar lah mata ini mengeluarkan air mata
setitis
yang menceritakan segalanya
kerana hanya itu saja aku mampu
pada masa ini
memberitahu
memberitahu
aku.telah.jatuh