17 October 2011

aku,jatuh

aku jatuh
dari tempat tinggi Mu
kerana salah aku

kerana dosa aku
kerana perkara aku
kerana tanggungjawab aku
kerana cinta aku
kerana hati aku
kerana
aku

aku jatuh
aku tidak mahu bangun
duduk bersandaran

jikalau memotong tangan aku
boleh menghilangkan dosa aku
maka potong lah

jika mengcantas kaki-kaki aku
bisa menghilangkan kesalahan aku
maka cantas lah

maka bisu kan lah aku
jika aku meraung kesakitan ini
jika aku menceritakan kisah aku
maka biar lah ia sunyi tanpa bunyi

dan ambil lah segala yang aku ada

hanya tinggal roh didalam jasad aku
agar aku dapat menghirup udara Mu lagi

mata aku
agar aku boleh melihat dunia ini

dan awan langit
kerana aku suka akan melihat mereka
ciptaan Mu
mereka seakan memahami apa aku lalui

memandang ke langit
itu juga kegemaran Nabi
maka akan menjadi kegemaran aku
pabila tangan tiada
kaki hilang
suara lenyap

biarlah mata ini bersaksi atas kebesaran Mu
biar lah mata ini mengeluarkan air mata
setitis
yang menceritakan segalanya
kerana hanya itu saja aku mampu
pada masa ini
memberitahu
aku.telah.jatuh

13 October 2011

sunflower

sekali lagi aku penat berlari
aku berhenti di rumput yg hijau
baring menirap di atas
ku lihat langit itu biru
 minda cekap dgn sekeliling
bunyi angin
rumput kau tiup


bermain sebuah lagu sedih
hanya di kepala


aku teringt keindahan dalam pelukan
ibu dan abah,sentiasa rindu pelukan mereka
pelukan melepaskan mengatakan
pergilah mengejar apa yang engkau kejarkan


pelukan yang tak pernahkan aku rasakan
seorang adik yang gembira abang nya pulang
mengatakan
akhirnya engkau pulang


hanya pelukan seorg adik
yang setiap kali memeluk акu
yang membuat aku sedih
kerana die tidak mengerti kenapa dia memeluk
tapi itu cukup bagi aku


bunga matahari
itulah kamu aida
kamu bukan bunga rose yang cantik
jasmin yg harum


tapi
bunga matahari yg berani
buka menunjukan belang warna nya
dalam apa cuaca
siang atau malam
kamu tak berubah
jika kamu tidak mahu
kerana kamu kuat


bagaimana aku tahu?
aku lah manusia paling muda mencium kamu ketika lahir
kenapa aku tahu?
kerana aku rindu senyuman dan suara kamu


dan
kerana aku abang kamu