Tiada Tuhan melainkan Engkau,Ya Allah
Dan Muhammad itu Pesuruh-Mu
Aku bersaksi
Ya Tuhan aku
Yang Tuan kepada segala Alam
Yang Pencipta kepada segala pengetahuan dan benda hidup
Yang mengajar manusia sehingga mereka mengetahui daripada tidak
Yang menunjukkan manusia jalan yang benar dan mungkar
Yang menurunkan nabi-nabi dan rasul-rasul Nya
Membimbing manusia ke jalan yang di Redhai
Dan junjungan dan salam aku
Kepada Rasul dan Nabi terakhir
Muhammad s.a.w
Ya Allah
Aku sebagai hamba Mu
Sesungguhnya tidak berhak untuk meminta apa-apa
Kerana hamba ialah hamba
Kami tidak memiliki hak terhadap apapun
Namun Ya Allah
Jikalau satu permintaan aku Ya Allah
yang Engkau mahu tunaikan
Aku tidak minta kejayaan
Kerana itu milik Mu,Ya Allah
Mahupun kegagalan
Aku tidak minta kekayaan
Kerana itu juga milik Engkau Ya Allah
Aku hanya minta
Usaha aku tidak akan padam
walaupun dalam apa aku inginkan
walaupun sama ada kejayaan atau kegagalan akan aku perolehi
walaupun aku berdepan seluruh bala tentera musuh keseorangan
walaupun aku hanya mempunyai satu jari untuk mengangkat pedang
walaupun
.....................
aku tidak akan mengaku kalah
aku tidak akan mengangkat bendera tewas
selagi denyutan ini masih aku rasai dalam diri aku
kerana aku umat Muhammad
dan aku tahu kekasih-Mu itu
memerhati aku dan umat lain
tanpa berhenti berdoa kesejahteraan umat Nya
Kerna Ya Allah
Engkau tahu
Siapa dan apa aku pertahankan dibelakang aku
Agama ku,Nabi ku,Saudara ku,Keluarga ku
dan
Impian mereka yang aku tunaskan